Benarkah Muawiyah mengarahkan supaya Hasan bin Ali diracun?Jawapan:Menurut kebanyakan riwayat-riwayat di dalam kitab-kitab Syiah dan Sunni, Muawiyah bin Abi Sufyan memberikan racun kepada Ja’dah, anak perempuan Ash’ath bin Qais, iaitu seorang munafiq yang mempunyai rancangan tersendiri di sepanjang zaman Amirul mukminin Ali bin Abi Talib. Muawiyah mengirim racun kepada Ja’dah untuk membunuh Hasan bin Ali dengan habuan dinikahkan dengan Yazid sekiranya rancangan ini berjaya dilaksanakannya. Misi atas arahan Muawiyah ini berjaya dan Hasan bin Ali meninggal dunia ketika sedang berbuka berpuasa di rumahnya dengan racun yang yang diberikan Ja’dah.Muqaddimah:Sebelum memasuki perbahasan sekitar pembunuhan Hasan bin Ali dengan membawa bukti-buktinya, perlulah kiranya kita menghayati secara ringkas kedudukan Imam Hasan Al-Mujtaba (a.s) ini menurut hadis.Imam Hasan (a.s) adalah kekasih Allah dan Rasul-Nya.Imam Hasan Al-Mujtaba (a.s) adalah cucu Rasulullah (s.a.w) yang mempunyai kedudukan yang besar di sisi baginda. Ketika baginda meletakkan beliau di atas bahunya, baginda bersabda: Ya Allah, aku mengasihinya maka kasihkanlah ia.Al-Bukhari dan Muslim menulis di dalam Sahihnya:
اخبرني عَدِيٌّ قال سمعت الْبَرَاءَ رضي الله عنه قال رأيت النبي صلى الله عليه وسلم وَالْحَسَنُ بن عَلِيٍّ على عَاتِقِهِ يقول اللهم إني أُحِبُّهُ فَأَحِبَّهُ.
البخاري الجعفي، محمد بن إسماعيل ابوعبدالله (متوفاي256هـ)، صحيح البخاري، ج3، ص1370، ح3539، كتاب فضائل الصحابة، بَاب مَنَاقِبِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ رضي الله عنهما، تحقيق د. مصطفي ديب البغا، ناشر: دار ابن كثير، اليمامة - بيروت، الطبعة: الثالثة، 1407 – 1987؛
النيسابوري، مسلم بن الحجاج ابوالحسين القشيري (متوفاي261هـ)، صحيح مسلم، ج4، ص1883، ح2422، كِتَاب فَضَائِلِ الصَّحَابَةِ، بَاب فَضَائِلِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ رضي الله عنهما، تحقيق: محمد فؤاد عبد الباقي، ناشر: دار إحياء التراث العربي - بيروت.
Al-Bara’ berkata: Aku melihat Rasulullah (s.a.w), di mana Al-Hasan bin Ali berada di atas bahunya. Baginda bersabda: Ya Allah, sesungguhnya aku mengasihinya maka cintailah ia. - Al-Bukhari Al-Ja’fi, Muhammad bin Ismail Abu Abdullah (wafat pada tahun 256 Hijrah) Sahih Al-Bukhari, jilid 3 halaman 1370, hadis nombor 3539, Fadhail Al-Shahabah, bab Manaqib Al-Hasan Wal Husain (r.a); Al-Nishaburi, Musim bin Al-Hajjaj Abul Husain Al-Qushairi (wafat pada tahun 261 Hijrah), Sahih Muslim, jilid 4 halaman 1883, hadis nombor 2422, kitab Fadhail Al-Hasan Wal Husain (r.a).Terdapat juga hadis yang hampir serupa dalam Kitab Sahih Al-Bukhari dan Muslim pada bab yang sama dengan riwayat daripada Usamah bin Zaid dan Abu Hurairah.Memusuhi Imam Hasan adalah memusuhi Allah.Dari satu sisi yang lain, Ahlusunnah juga menukilkan hadis dengan sanad yang Sahih bahawa permusuhan dengan Imam Hasan adalah setara dengan permusuhan terhadap Allah (s.w.t). Ibnu Habban di dalam Sahihnya menulis:حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ إِِسْمَاعِيلَ عَنْ أَسْبَاطِ بْنِ نَصْرٍ عَنِ السُّدِّيِّ عَنْ صُبَيْحٍ مَوْلَى أُمِّ سَلَمَةَ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ أَنّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ لِفَاطِمَةَ وَالْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ أَنَا حَرْبٌ لِمَنْ حَارَبَكُمْ وسلم لِمَنْ سَالَمَكُمْ.
التميمي البستي، محمد بن حبان بن أحمد ابوحاتم (متوفاي354 هـ)، صحيح ابن حبان بترتيب ابن بلبان، ج15، ص434، تحقيق: شعيب الأرنؤوط، ناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت، الطبعة: الثانية، 1414هـ ـ 1993م.
Zaid bin Arqam meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) berkata kepada Fathimah, Hasan dan Husain: Aku memerangi mereka yang memerangi kalian, dan aku sejahtera dengan orang yang mengamankan kalian. - Al-Tamimi Al-Busti, Muhammad bin Habban bin Ahmad Abu Hatim (wafat pada tahun 354 Hijrah), Sahih Ibnu Habban, jilid 15 halaman 434.Hakim Nishaburi juga menulis di dalam Al-Mustadrak sebagai berikut:أخبرنا أحمد بن جعفر القطيعي ثنا عبد الله بن أحمد بن حنبل حدثني أبي ثنا تليد بن سليمان ثنا أبو الجحاف عن أبي حازم عن أبي هريرة رضي الله عنه قال نظر النبي صلى الله عليه وسلم إلى علي وفاطمة والحسن والحسين فقال أنا حرب لمن حاربكم وسلم لمن سالمكم هذا حديث حسن من حديث أبي عبد الله أحمد بن حنبل عن تليد بن سليمان فإني لم أجد له رواية غيرها وله شاهد عن زيد بن أرقم.
الحاكم النيسابوري، محمد بن عبدالله ابوعبدالله (متوفاي 405 هـ)، المستدرك علي الصحيحين، ج3، ص161، ح4713، تحقيق: مصطفي عبد القادر عطا، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت الطبعة: الأولى، 1411هـ - 1990م.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) melihat kepada Fathimah, Hasan dan Husain. Baginda pun bersabda: Aku memerangi mereka yang memerangi kalian, dan sejahtera dengan mereka yang mengamani kalian. - Al-Hakim Al-Nishaburi, Muhammad bin Abdullah Abu Abdillah (wafat pada tahun 405 Hijrah), Al-Mustadrak ‘Ala Al-Shahihayn, jilid 3 halaman 161, hadis nombor 4713.Syamsuddin Al-Zahabi di dalam Siyar A’lam Al-Nubala menulis:أحمد بن حنبل حدثنا تليد بن سليمان حدثنا أبو الجحاف عن أبي حازم عن أبي هريرة نظر النبي (ص) إلى علي وفاطمة والحسن والحسين فقال: أنا حرب لمن حاربكم سلم لمن سالمكم.
رواه الحاكم في المستدرك وفيه من طريق أبان بن تغلب عن أبي بشر عن أبي نضرة عن أبي سعيد قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يبغضنا أهل البيت أحد إلا أدخله الله النار.
الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاي 748 هـ)، سير أعلام النبلاء، ج2، ص123، تحقيق: شعيب الأرناؤوط، محمد نعيم العرقسوسي، ناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت، الطبعة: التاسعة، 1413هـ.
Ahmad bin Hanbal meriwayatkan daripada Talid bin Sulaiman, daripada Abu Al-Jahhaf, daripada Abu Hazim bahawa Rasulullah (s.a.w) melihat kepada Ali, Fathimah, Hasan dan Husain. Baginda pun bersabda: Aku memerangi mereka yang memerangimu, dan aku sejahtera dengan mereka yang mengamanimu. - Al-Zahabi Al-Syafi’i, Shamsuddin Abu AbdiLlah Muhammad bin Ahmad bin Uthman (wafat tahun 748 Hijrah), Siyar A’lam An-Nubala jilid 2 halaman 123.Riwayat ini dinukilkan oleh Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak daripada jalur Aban bin Taghlib, daripada Abi Bashar, daripada Abi Nadhrah, daripada Abu Sa’id bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tidak ada seorang pun yang membenci kami Ahlul Bait kecuali Allah masukkannya ke dalam neraka. Oleh itu memusuhi dan memerangi Ahlul Bait (a.s) termasuk Imam Hasan Al-Mujtaba sudah tentu dikatakan sebagai memerangi Rasulullah (s.a.w) menurut riwayat sahih Ahlusunnah Wal Jamaah.Dengan muqadimah ini, marilah kita susuri bukti-bukti yang menyabitkan bahawa pembunuh asli Imam Hasan Al-Mujtaba ialah Muawiyah bin Abi Sufyan dengan mengirim racun melalui Ja’dah bersama janji palsu, ingin menikahkannya dengan Yazid.Pengiriman racun oleh Muawiyah di dalam sumber-sumber Ahlusunnah:Malangnya, kebanyakan ulama Ahlusunnah cuba menghindar dari menukilkan jenayah-jenayah golongan ini. Sebahagian perkara ini terdapat di dalam kitab-kitab mereka, namun banyak yang telah diselewengkan termasuklah fakta-fakta peristiwa arahan Muawiyah meracun Imam Hasan Al-Mujtaba.Jenayah Ilmiyah untuk manipulasi kebenaran!Menurut pengakuan ulama Ahlusunnah, Ibnu Sa’ad di dalam Al-Tabaqat Al-Kubra serta Al-Tabari di dalam kitab Tarikhnya telah menukilkan arahan muawiyah supaya Hasan bin Ali diracun. Namun perkara ini telah dihapuskan dari kitab-kitab mereka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab!Nukilan daripada Al-Tabaqat Al-Kubra Ibnu Sa’ad:Sibt Ibnu Jawzi Al-Hanafi di dalam fasal kewafatan Imam Al-Mujtaba (a.s), setelah menyebut sekumpulan ulama Ahlusunnah yang percaya bahawa Muawiyah mengarahkan Imam Hasan bin Ali diracun, beliau menulis:قال علماء السير: منهم ابن عبد البر سمته زوجته جعدة بنت الأشعث بن قيس الكندي.
وقال السدي: دس اليها يزيد بن معاوية أن سمي الحسن وأتزوجك فسمته فلما مات ارسلت الي يزيد تسأله الوفاء بالوعد فقال أنا والله ما ارضاك للحسن افنرضاك لأنفسنا.
وقال الشعبي: إنما دس اليها معاوية فقال سمي الحسن وأزوجك يزيد وأعطيك مائة الف درهم فلما مات الحسن بعث الي معاوية تطلب انجاز الوعده فبعث اليها بالمال وقال: إني احب يزيد وأرجو حياته لولا ذلك لزوجتك اياه.
وقال الشعبي: ومصداق هذا القول أن الحسن كان يقول عند موته وقد بلغه ما صنع معاوية لقد عملت شربته وبلغ امنيته والله لا يفي بما وعد ولا يصدق فيما يقول.
وقد حكي جدي في كتاب الصفوة قال: ذكر يعقوب بن سفيان في تاريخ أن جعدة التي سمته وقال الشاعر في ذلك:
تغر فكم لك من سلوة تفرح عنك غليل الحزن
بموت النبي وقتل الوصي وقتل الحسين وسم الحسن
وقال ابن سعد في الطبقات: سمه معاوية مرارا لأنه كان يقدم عليه الشام هو وأخوه الحسين (ع).
سبط بن الجوزي الحنفي، شمس الدين أبوالمظفر يوسف بن فرغلي بن عبد الله البغدادي (متوفاي654هـ)، تذكرة الخواص، ص191ـ 192، ناشر: مؤسسة أهل البيت ـ بيروت، 1401هـ ـ 1981م.
Ulama sejarah seperti Ibnu Abdul Bar berkata: Ja’dah bint Ash’ats bin Qais, isteri Imam Hasan Al-Mujtaba (a.s) telah meracun beliau (suaminya).Sudiy berkata: Yazid bin Muawiyah secara diam-diam memberi arahan agar ia meracun Hasan bin Ali: (dengan habuan) aku akan mengahwinimu. Maka ia meracun Hasan. Setelah Hasan meninggal dunia, ia mengutus seseorang kepada Yazid untuk menuntut janjinya. Yazid berkata: Demi Allah, kami tidak meridhai apa yang engkau lakukan terhadap Hasan, apakah kami meredhai engkau untuk diri kami?Sya’bi berkata: Sesungguhnya Muawiyah mengarahkan Ja’dah secara rahsia, katanya: racunilah Al-Hasan dan akan ku kahwinkan engkau dengan Yazid, dan aku berikan engkau seratus ribu dirham. Maka tatkala Al-Hasan meninggal dunia, Ja’dah mengutus seseorang kepada Muawiyah untuk menuntut janjinya. Maka Muawiyah memberinya harta dan berkata: Sesungguhnya aku mengasihi Yazid dan aku ingin dia hidup, jika tidak kerana masalah itu, sudah tentu aku nikahkan engkau dengannya.Sya’bi berkata: Hakikat kata-kata ini ialah, Al-Hasan telah berkata ketika menjelang kematiannya, sesungguhnya Al-Hasan telah tahu apa yang dilakukan Muawiyah: Engkau membuat minumannya dan memenuhi kehendaknya. Demi Allah dia tidak akan tepati janjinya dan tidak akan bertindak dengan apa yang telah dikatakannya.Datukku (Ibnu Jawzi Al-Hanbali) berkata di dalam kitab Al-Safwah: Ya’qub bin Sufyan berkata di dalam sejarah: Ja’dah adalah orang yang meracuninya, dan telah berkata penyair tentang itu:Engkau (Wahai dunia) telah memperdaya! hanya dengan manisan (dapat memperdayakan semua orang)! Menjadikan engkau girang meski kedukaan menidih, dengan kematian nabi dan pembunuhan Washinya, dan pembunuhan Al-Husain serta diracunnya Al-Hasan.Ibnu Sa’ad di dalam Tabaqatnya berkata: Muawiyah beberapa kali meracuni Hasan bin Ali kerana beliau dan saudaranya Al-Husain sedang mara ke arah Sham. - Sibth Ibnu Jawzi Al-Hanafi, Shamsuddin Abu Al-Muzaffar Yusuf bin Farghali bin Abdullah Al-Baghdadi (wafat pada tahun 654 Hijrah), Tazkiratul Khawash, halaman 191-192.Perihal Sibth Ibnu Jawzi: